Bermula tahun 2001 MNF (Melalui MNF & Associates) telah membentuk satu unit telekomunikasi bagi memajukan permohonan ke Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan permit bagi stesen telekomunikasi untuk syarikat-syarikat telekomunikasi. Syarikat yang berkembang pesat hasil usaha kerjasama yang dijalin dengan
organisasi yang mantap dalam memastikan syarikat menjadi antara perunding bagi pembinaan stesen telekomunikasi yang utama di Malaysia.

Pencapaian demi pencapaian di perolehi dengan penambahan skop kerja yang meliputi kerja-kerja pencarian Tapak Stesen, Penyediaan “Technical Proposal”, Kontraktor Penyiasatan Tanah (Soil Test Investigation Report dan Pelan Ukur Tanah), agen pemohonan kelulusan permit stesen dan yang terbaru sebagai kontraktor dalam pembinaan stesen telekomunikasi (kerja-kerja infra sahaja).


Syarikat sehingga kini mempunyai hampir 4000 stesen yang akan di audit setiap tahun dimana laporan akan di kemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk
kelulusan Permit Tahunan. Syarikat juga setiap tahun merancang hampir 500 stesen baru setiap tahun meliputi hampir keseluruhan syarikat telco utama negara seperti Maxis, Digi, UMobile dan Celcom.