MNF bermula pada tahun 2001, dikenali sebagai MNF & Associates. Merupakan sebuah organisasi bagi memajukan permohonan ke Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan permit bagi pembinaan stesen telekomunikasi untuk syarikat-syarikat telekomunikasi.

Syarikat ini berkembang pesat hasil usaha kerjasama yang dijalin bersama Dato’ Ir Mohd Noh bin Ibrahim selaku Jurutera Bertauliah dalam memastikan syarikat ini menjadi perunding bagi pembinaan stesen telekomunikasi yang utama di Malaysia.

Sehingga kini mempunyai hampir 3000 stesen yang akan di audit setiap tahun dimana laporan akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan Permit Tahunan. Setiap tahun syarikat ini merancang hampir 500 stesen baru setiap tahun meliputi hampir keseluruhan syarikat telekomunikasi utama negara seperti Maxis, Digi dan Celcom.

MNF Service Sdn Bhd telah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai lesen Kewangan Ministry Of Finance (MOF) yang kini aktif dalam memasuki tender-tender dan sebut harga dari pelbagai agensi kerajaan.